FAQ




Soalan:  Apakah yang dimaksudkan Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF?

Jawapan : Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF ialah satu sistem baru yang menggantikan sistem e-PeLaporan Program j-QAF yang lama dengan beberapa penambahbaikan seperti:-
                       i.Kepelbagaian fungsi yang disepadukan di dalam satu sistem;
                       ii.Menggunakan platform yang lebih sesuai dengan pangkalan data;
                      iii.Lebih mesra pengguna;

Soalan:  Apakah kelebihan sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF?

Jawapan: Kelebihan sistem  e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF:-
Data murid diimport daripada Sistem Maklumat Murid (SMM). Guru hanya perlu mengisi markah murid sahaja;
Data guru diimport dari Data EMIS. Guru hanya membuat verifikasi dan sekiranya ada ralat akan dibuat pembetulan bersama guru data di sekolah;
Menggunakan hanya satu sistem berpusat untuk kegunaan di setiap peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM berbanding sistem terdahulu yang menggunakan sehingga tujuh sub sistem;
Mengambil kira kemudahan kepada pengguna yang menggunakan komputer atau laptop yang dilengkapi skrin sesentuh;
Kapasiti saiz sistem yang lebih kecil, kira-kira 20 Mb berbanding sebelumnya 60 Mb;
Data dan sistem disimpan dalam ruang storan yang berasingan sebagai langkah keselamatan;
Sistem boleh berfungsi pada komputer yang berspesifikasi rendah;
Proses eksport dan import data berlaku dengan lebih pantas;
Saiz data yang telah diproses lebih kecil; dan
Laporan dan analisis dijana dengan lebih sistematik dan spesifik.

Soalan:  Apakah perbezaan sistem e-Pelaporan dan Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program  j-QAF?

Jawapan: Perbezaan antara kedua-dua sistem :-
Sistem e-Pelaporan
Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF
Menggunakan Microsoft Office Excel
Menggunakan Microsoft Office Access
Proses data mengambil masa yang lama
Proses data mengambil masa yang cepat
Kurang mesra pengguna
Lebih mesra pengguna
Memerlukan perkakasan komputer yang berkeupayaan tinggi
Boleh menggunakan Perkakasan komputer yang minima
Saiz data yang besar
Saiz data yang kecil
Nama murid perlu ditaip atau copy paste
Nama murid dan guru diperolehi daripada data HEM

Jawapan: Pencapaian murid dalam pelaksanaan Program j-QAF amat penting untuk dilaporkan kerana :
        i.            Memastikan pencapaian semua murid yang terlibat dengan Program j-QAF seluruh negara direkodkan secara terancang dan tersusun.
      ii.            Guru dapat mengenal pasti perkembangan setiap murid secara headcount bagi setiap model dalam Program j-QAF.
    iii.            Guru boleh merancang dan mengambil tindakan susulan terhadap murid yang belum menguasai kemahiran yang dicadangkan.
     iv.            Pencapaian dan pelaksanaan Program j-QAF dibuat secara Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) bukannya Berasaskan Peperiksaan (Exam Oriented), oleh itu pelaporan perlu dibuat secara terperinci dan berterusan supaya penghayatan guru dan murid sentiasa dapat dinilai dan dikenalpasti.
       v.            Pelaksanaan Program j-QAF yang berperanan sebagai memperkasakan Pendidikan Islam diambil kira dalam Pelaksanaan Teras ke 3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ).

Soalan: Bilakah Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF ini perlu diisi dan dihantar ke PPD?

Jawapan: Pengisian Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF perlu diisi pada minggu awal Mei dan minggu awal Oktober dan dihantar ke PPD mengikut tarikh yang ditetapkan oleh JPN masing-masing.


Soalan: Apakah keperluan minimum untuk menggunakan Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF?

Jawapan: Keperluan minimum ialah:-
Sistem Pengoperasiaan (Operating System) berasaskan Microsoft Windows samada windows VISTA, windows XP, windows 7 atau windows 8;
Microsoft Access 2007 ke atas;
Paparan skrin (cadangan) minima 12 inci dan ke atas; skrin resolusi minima 1024 x 768 piksel;
Data Sistem Maklumat Murid (SMM) terkini; dan
Data EMIS.

Soalan: Adakah Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF boleh berfungsi dengan semua Sistem Operasi Windows atauMicrosoft Office?

Jawapan: Boleh, KECUALI komputer atau laptop yang mempunyai gabungan Sistem Operasi Windows 8.1 Pro 64 bit dan Microsoft Office Access versi 2010 @ 2013 64 bit. Ini berdasarkan ujilari yang dijalankan oleh pihak admin.

Soalan: Adakah Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF berfungsi dengan perisian Microsoft Office Access 2003 atau lebih bawah?

Jawapan: Tidak boleh, kerana sistem ini dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Office Access 2007 dan ia berfungsi kepada perisian Microsoft Office Access 2007 ke atas.

Soalan: Adakah sistem ini berfungsi dengan Sistem Operasi Macintosh @ Mac OS X?

Jawapan: Boleh, dengan syarat memenuhi keperluan berikut:-
        i.            Menggunakan perisian VMWare atau Parallel Desktop (dalam persekitaran Mac OS X;
      ii.            Menggunakan perisian Boot Camp untuk menjalankan Microsoft Windows (dalam persekitaran Dual Boot).

Soalan: Adakah boleh mengisi data menggunakan komputer yang dilengkapi touchscreen?

Jawapan: Boleh.


Soalan: Bagaimanakah data ini dikumpulkan?
Jawapan: Peringkat penyebaran data adalah seperti berikut:

Soalan: Apakah tatacara pengagihan pengisian data yang praktikal untuk saya ikuti?
Jawapan: Tatatacara yang praktikal adalah seperti berikut:
         i.            Guru setiap bidang menyediakan data mentah bidang yang diajar.
       ii.            Data mentah yang lengkap dilaporkan di dalam mesyuarat panitia.
      iii.            Data mentah tadi diagihkan mengikut kelas.  Contohnya:

Data Tahun 1 Dahlia (sekiranya guru mencukupi) diisi oleh seorang guru X,yang mana guru X perlu mengisi semua data berkaitan Kem Bestari Solat, Ujian Jawi, Ujian Bahasa Arab dan Al-Quran 6 Bulan/Khatam Al-Quran.

Soalan : Siapakah yang patut mengisi Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF?

Jawapan : Panitia Pendidikan Islam perlu melantik seorang Penyelaras Data j-QAF daripada kalangan guru Pendidikan Islam atau guru j-QAF yang berkebolehan yang akan menyelaras dan menyeragamkan agihan tugas kepada semua guru dalam panitia Pendidikan Islam. Tugasan ini perlu dijalankan secara kerjasama berpasukan.

Soalan: Adakah senarai nama murid atau guru perlu ditaip ke dalam Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF ?
Jawapan: Boleh. Namun senarai nama murid dan guru boleh dimuatkan pada sistem melalui cara-cara seperti berikut:-
         i.            Melalui Data HEM/ SMM (Data Murid).
       ii.            Melalui Data APDM (Data Murid).
      iii.            Melalui Data EMIS (Data Guru)
(Untuk keterangan lanjut sila rujuk Manual Pengguna)

 PENGISIAN DATA

Soalan: Adakah Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF boleh beroperasi pada selain folder C:\BPI seperti padaThumbdrive atau External Harddisk?

Jawapan: Tidak boleh, Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF hanya boleh beroperasi pada folder C:\BPI.

Soalan: Adakah kaedah pengisian Model Khatam Quran pada Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF sama dengan Sistem e-Pelaporan yang lama?

Jawapan: Berbeza. Kaedah pengisian seperti berikut:-

        i.            Untuk Tahun 1, murid yang yang masih Iqra’ 1 hingga 6 tidak perlu memasukkan muka surat pada ruangan MUKA SURAT (AQ) dan kekalkan sebagai “0”. Jika murid telah membaca Al-QURAN, sila masukkan Muka Surat Semasa murid berkenaan pada ruangan MUKA SURAT. Jika murid telah Khatam, memadai hanya tandakan pada KHATAM sahaja.

      ii.            Untuk Tahun 2 hingga Tahun 6, murid yang yang masih Iqra’ 1 hingga 6 perlu memasukkan muka surat pada ruangan MUKA SURAT (AQ)  berdasarkan ayat dibaca di dalam kelas berdasarkan Buku Rekod Bacaan Khatam murid dan MARKAH KUALITI berdasarkan markah yang disediakan. Jika murid telah membaca Al-QURAN, sila masukkan Muka Surat Semasa murid berkenaan pada ruangan MUKA SURAT(AQ). Jika murid telah Khatam, memadai hanya tandakan pada KHATAM sahaja dan MARKAH KUALITI berdasarkan markah yang disediakan..

Soalan: Perlukah saya mengisi data Khatam Al-Quran mengikut kaedah Baca Ikut Guru (BIG)?

Jawapan: Ya, guru perlu mengisi laporan mengikut Baca Ikut Guru (BIG) bagi pelajar yang tidak mencapai sukatan khatam Quran (pelajar lemah).

Soalan: Apakah kesan sekiranya laporan khatam al-Quran diisi tidak mengikut sukatan?

Jawapan: Sekiranya laporan khatam al-Quran tidak diisi mengikut sukatan yang telah ditetapkan peningkatan prestasi pelajar tidak akan berlaku dan akan memberi kesan kepada objektif program j-QAF secara keseluruhan.

Soalan: Dari manakah sumber soalan untuk mengisi markah pelaporan Jawi dan Bahasa Arab?

Jawapan: Soalan PKSR untuk Jawi dan Bahasa Arab akan disediakan oleh pihak Bahagian Pendidikan Islam KPM.

Soalan: Bolehkah saya menggunakan soalan yang disediakan oleh pihak sekolah, Majlis Guru Besar atau Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan penilaian pengisian pencapaian pelajar  j-QAF?

Jawapan: Tidak boleh. Guru perlu mengikut soalan atau instrumen yang disediakan oleh pihak BPI KPM untuk tujuan pengisian data pelaporan. Tetapi, tidaklah menjadi kesalahan bagi pihak sekolah untuk melaksanakan penilaian dalaman pencapaian semasa murid.

Soalan: Adakah perbezaan mengisi data pencapaian Bahasa Arab antara Tahun Satu hingga Empat dengan Tahun 5 dan 6?

Jawapan: Data Pencapaian Bahasa Arab untuk Tahun 1 hingga Tahun 6 berdasarkan Ujian PKSR akan dilaporkan dalam pelaporan. Untuk Tahun 5 dan 6 boleh digunakan sebagai soalan Ujian Pertengahan Tahun serta dilaporkan dalam Sistem Dalam Talian SAPS.

Soalan: Adakah data pencapaian Bahasa Arab murid non-muslim perlu untuk diisi?

Jawapan: Ya, sekiranya murid non-muslim mengambil kelas dan ujian Bahasa Arab. Ia perlu diisi dan direkodkan mengikut lajur yang telah disediakan dalam format pelaporan.

Soalan: Adakah saya perlu memahami instrumen dalam ujian PKSR Bahasa Arab yang disediakan sebelum mengisi data pelaporan?

Jawapan: Ya. Guru Bahasa Arab perlu memahami konsep dan instrumen yang disediakan dalam ujian PKSR sebelum mengisi data pelaporan.

Soalan: Bagaimana kaedah pengisian Model-Model Kem Bestari Solat?

Jawapan: Pengisian untuk Model-Model Kem Bestari Solat (Model Wudhuk, Model Solat Perlakuan, Solat Bacaan, Hafazan dan Solat Tambahan) adalah dengan menanda (tick) salah satu pilihan samada Menguasai (M) atau Belum Menguasai (BM).

Soalan: Adakah Model Solat Tambahan wajib diisi kepada semua Murid.?

Jawapan: Model Solat Tambahan hanya diisi kepada murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Ia tidak akan memberi kesan kepada analisis e-Pelaporan j-QAF sekolah secara keseluruhan.

Soalan: Adakah saya perlu mengisi semula data pencapaian murid untuk bulan Oktober?

Jawapan: Data daripada bulan Jun akan dibawa ke pelaporan seterusnya. Guru hanya perlu menyemak berdasarkan pencapaian semasa setiap murid. Bagaimanapun murid yang belum menguasai sesuatu perkara atau item data tersebut perlu ditanda kembali.

Soalan:  Adakah data disimpan secara automatik?

Jawapan: Ya, perisian Microsoft Office Access akan menyimpan data yang dimasukkan secara automatik.

Soalan:  Adakah data akan hilang sekiranya semasa proses memasukkan data berlaku masalah terputus sambungan elektrik?

Jawapan: Tidak, perisian Microsoft Office Access akan menyimpan data yang dimasukkan secara automatik.

Soalan:  Bolehkah saya memberhentikan pengisian data sebelum melengkapi keseluruhannya kemudian menyambung kembali tugasan tersebut?

Jawapan: Boleh. Guru boleh menyambung semula pengisian data.


Soalan: Setelah saya mengisi semua laporan di dalam Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF, apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapan : Anda perlu memastikan data setiap kelas selesai diisi kemudian di eksport dan dihantar kepada Penyelaras Data j-QAF untuk diimport gabung. Kemudian Penyelaras Data  j-QAF  akan menghantar data mentah di eksport ke PPD masing-masing.

Soalan: Bagaimanakah cara untuk memastikan terdapat kesalahan dalam pengisian Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF sebelum menghantar EPPD kepada PPD ?

Jawapan : Terdapat dua situasi penting untuk mengesan data yang tidak lengkap iaitu berdasarkan:
        i.            Guru perlu menyemak data yang tidak lengkap melalui ANALISIS STATUS KEMASKINI DATA yang terdapat pada paparan setiap Model. Sekiranya pada ruangan STATUS DATA menunjukkan Tidak Lengkap,  ia menunjukkan data tidak lengkap.

      ii.            Penyelaras Data j-QAF serta para pentadbir sekolah boleh mengesan data Tidak Lengkap melalui Lampiran Pengesahan Data Pelaporanyang perlu disahkan oleh pihak pentadbir sekolah masing-masing.

Tindakan :
(a) Penyelaras Data j-QAF perlu menyerahkan data kembali kepada guru pengisi data untuk pembetulan.

Soalan: Sekiranya berlaku masalah atau kesalahan di dalam Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF, apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapan : Penyelaras Data j-QAF perlu memastikan kesalahan dan meminta guru yang mengisi data untuk membetulkan kesalahan yang dikesan tadi. Guru perlu mengimport dan eksport kembali kesalahan yang dibetulkan ke dalam Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF.



Soalan: Apakah yang perlu dihantar kepada PPD bersama data?

Jawapan: Data Eksport Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF bersama surat pengesahan yang ditandatangani oleh guru besar atau pentadbir sekolah .

Soalan: Apakah kesan sekiranya saya menghantar laporan yang salah atau tidak lengkap kepada PPD ?

Jawapan : Sekiranya laporan yang tidak lengkap atau salah dihantar ke PPD akan menyebabkan pihak PPD tidak dapat dapat mengumpul data daerah tersebut dengan sempurna. Laporan PPD kepada Jabatan Pelajaran Negeri tidak berfungsi dan gagal. Kesilapan dari satu sekolah menyebabkan keseluruhan laporan JPN akan gagal (sila ambil perhatian serius).

Soalan: Apakah kesan sekiranya saya tidak jujur di dalam mengisi data Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF?

Jawapan: Semua guru perlu memahami faktor kejayaan program j-QAF adalah berdasarkan data pencapaian yang dilaporkan dalam format pelaporan program j-QAF. Sekiranya berlaku kesilapan atau ketidakseimbangan pelaporan disebabkan kecuaian guru dalam mengisi data, ini akan memberi kesan kepada kayu ukur kejayaan program j-QAF yang dilaksanakan untuk
memperkasakan Pendidikan Islam.

Soalan: Perlukah saya menyimpan data bulan Jun sehingga mengisi data bulan Oktober?

Jawapan: Ya, perlu.

Soalan: Adakah saya perlu memastikan prestasi pencapaian murid sentiasa meningkat dari laporan JUN ke  OKTOBER , dan laporan dari tahun semasa ke tahun berikutnya?

Jawapan: Ya. Guru perlu memastikan prestasi pencapaian murid dalam program j-QAF sentiasa meningkat dan cemerlang. Oleh itu, kesilapan mengisi data akan menjejaskan pelaporan prestasi pencapaian murid. Guru perlu peka dalam mengisi pelaporan ini kerana ia memberi kesan kepada prestasi laporan peringkat daerah dan negeri.


Soalan: Dimanakah sumber yang boleh kami rujuk untuk sebarang maklumat berkenaan sistem?

Jawapan: Sila rujuk ke Laman Sesawang, http://jqafbpi.blogspot.com/

Soalan: Pihak manakah yang perlu dirujuk  sekiranya terdapat sebarang masalah atau kemusykilan?

Jawapan : Sebarang masalah atau kemusykilan boleh dirujuk kepada:-

         i.            Jurulatih Utama Daerah atau Negeri masing-masing;
       ii.            Manual Pengguna @ FAQ ini.
      iii.            Pembangun Sistem. Email: ejqafbpi@gmail.com.


* Tandakan ( √ ) pada kotak yang disediakan
Bil
Perkara
( √ )
1.       
Melantik Penyelaras Data j-QAF
2.       
Memasang Sistem e-Pelaporan Program j-QAF
3.       
Penetapan Sistem Operasi (Setting Access 2007 Ke Atas)
4.       
Mendapatkan Data SMM Daripada Guru Data Sekolah
5.       
Masuk Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF
6.       
Convert  Data Asas Daripada SMM Ke Dalam Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF
7.       
Kemaskini Maklumat Asas Sekolah, Guru Serta Penetapan Bulan Kutipan
8.       
Eksport Data Mengikut Agihan Kelas
9.       
Memberi taklimat kepada guru-guru penyelaras kelas
10.   
Pengagihan Data Kelas Untuk Pengisian
11.   
Pengumpulan Data daripada guru penyelaras kelas
12.   
Import Data Daripada Kelas Dan Buat Semakan
13.   
Eksport Data Sekolah Dan Cetak Lampiran Pengesahan
14.   
Membentang Laporan Kepada Guru Besar atau Pentadbir serta mendapatkan Tandatangan Pengesahan
15.   
Serah Data Dan Lampiran Pengesahan Kepada Jurulatih Utama PPD